Kenapa Pilih MLW

My Living Water menawarkan satu penyelesaian untuk meningkatkan kualiti air yang lebih menyeluruh melalui sistem pengionan air alkali hydrogen aktif yang berteknologi canggih dan juga sistem penapisan di luar dan dalam premis yang efektif.

9 Sebab Utama Menjadikan My Living Water Pilihan Utama Para Pengguna

1. Teknologi Terkini Yang Canggih
Teknologi Disk Pengionan Langsung™ (Direct Disk Ionization™ Technology) merupakan teknologi yang menghasilkan air hidrogen aktif beralkali yang memiliki gred terbaik melalui proses pengionan yang paling cekap. Dari segi harga, kesemua produk pengion HˉDDI kami ditawarkan dengan harga yang berpatutan agar teknologi pengionan ini dapat dinikmati oleh para pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat. Tambahan pula, kami juga menawarkan jaminan selama 10 tahun untuk Disk Pengionan Langsung™ kami.

• Tiada Lagi Masalah Kalsifikasi Dengan Adanya Disk Berbentuk Bulat Tanpa Membran
Kalsifikasi atau pengumpulan kapur atau kalsium merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh semua pengion air alkali konvensional yang menggunakan teknologi pengionan sistem plat (plate system) yang mempunyai membran. Bahan mineral atau pengumpulan kalsium menyebabkan membran dan plat pengionan konvensional tersumbat dan seterusnya mengurangkan prestasi dan kualiti air yang dihasilkan. Disamping itu, pengion-pengion konvensional memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk membersihkan membran dan plat yang tersumbat akibat kalsifikasi.

Bagaimana Teknologi Disk Pengionan Langsung™ ini dapat menyelesaikan masalah kalsifikasi?
DISK BERBENTUK BULAT TANPA MEMBRAN merupakan keunikan Teknologi Disk Pengionan Langsung™ kami yang membezakan produk Pengion H-DDI kami dengan produk-produk pengion konvensional di pasaran. Pendek kata, Teknologi Disk Pengionan Langsung™ kami dapat menangani masalah pengumpulan kalsium/ kapur (kalsifikasi) secara menyeluruh!

• Satu Disk Pengionan Bulat dengan 5 kali kecekapan!
Berbanding dengan pengionan konvensional yang menggunakan Sistem 5 Plat, kesemua Teknologi Disk Pengionan Langsung™ dengan disk berbentuk bulat membolehkan pengionan air alkali hidrogen aktif kami beroperasi 5 kali lebih cekap tanpa sebarang masalah kalsifikasi (pengumpulan kalsium).

Secara ringkasnya, Teknologi Disk Pengionan Langsung™ membolehkan produk Pengion Air Alkali HˉDDI kami menghasilkan air hidrogen aktif beralkali dengan lebih cekap dan berkesan dengan penyelenggaraan yang minima dan mudah.

• Penghasilan Air Alkali Hidrogen Aktif yang Berkualiti Tinggi pada Kadar yang Konsisten
Teknologi Disk Pengionan Langsung™, Pengion Air Alkali HˉDDI dari My Living Water mampu menghasilkan air alkali hidrogen aktif yang berkualiti tinggi secara berterusan dengan kadar yang konsisten pada bila-bila masa.

Air hidrogen aktif beralkali yang dihasilkan oleh Pengion Air Alkali HˉDDI mengandungi 6 kebaikan utama:

I. Kaya dengan ion hidrogen negatif (H-) dan hidrogen aktif (H). Hidrogen merupakan bahan anti-oksida semulajadi yang paling kecil tetapi memiliki keupayaan anti-oksidan yang paling hebat.
II. Kaya dengan mineral alkali asli yang berion seperti Ca2+, Mg2+, K+ dan sebagainya. Kesemua mineral ion-ion ini mudah diserap dan digunakan oleh sel-sel badan kita.
III. Kaya dengan oksigen terlarut yang membantu meningkatkan kadar metabolisme.
IV. Kaya dengan elektron (e-) atau ion-ion negatif yang memiliki keupayaan anti-oksidan yang tinggi.
V. Struktur molekul air berbentuk heksagon yang amat halus merupakan pembawa nutrien makanan dan penyahtoksin yang terbaik.
VI. Tahap pH yang konsisten dan selamat digunakan boleh membantu mengimbangi tahap pH di dalam badan anda.

2. Rekabentuk Pintar Bersesuaian Dengan Gaya Hidup Anda
Selain daripada ciri-ciri dan teknologi pintar, Pengion Air Alkali HˉDDI dari My Living Water juga mempunyai rekabentuk yang menarik yang bersesuaian dengan kebanyakan rekabentuk rumah dan ruang pejabat.

Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup para pengguna yang berbeza, kami menawarkan 3 pilihan produk esklusif dengan ciri-ciri pintar yang berlainan.




HˉDDI™ Premium merupakan pilihan terbaik untuk pengguna yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan memerlukan penggunaan yang lebih kerap di rumah kerana produk ini menawarkan kapasiti yang lebih besar dan pelbagai pilihan tahap pH yang sesuai untuk pelbagai kegunaan.








HˉDDI™ Hybrid merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan sistem penapisan air anda yang sedia ada dan sangat sesuai dengan dapur yang mempunyai ruang yang terhad kerana saiznya yang kecil. Harganya yang berpatutan memastikan ia mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna!





HˉDDI™ Portable merupakan pilihan yang terbaik bagi tempat-tempat yang tiada kelengkapan dapur dan paip air (bilik tidur, ruang tamu, pejabat) dan juga untuk mereka yang sering pergi ke luar negara untuk bekerja (bilik hotel, serviced apartment) kerana ciri-ciri produk ini yang ringan, mudah alih dan senang dipasang.



3. Jenama produk yang boleh dipercayai dengan teknologi berpaten
Teknologi Disk Pengionan Langsung™ kami telah dipatenkan di 30 buah negara serata dunia termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Teknologi terbaru ini mampu mencapai keperluan dan standard yang ketat bagi kegunaan komersial dan kegunaan industri.

4. Produk yang Mampu Milik dengan Pelan Bayaran Ansuran
Kini, anda boleh memiliki mana-mana produk Pengion H-DDI dari My Living Water dengan pelan bayaran ansuran dari lebih 12 bank dengan pilihan tempoh ansuran dari 12 hingga 24 bulan mengikut kemampuan dan keselesaan anda.

5. Sokongan Mantap daripada Staf yang Berkemahiran

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan dan sokongan teknikal yang bermutu, kami telah membuka pusat perkhidmatan di tempat-tempat yang strategik di serata Asia berserta staf yang terlatih untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah teknikal anda.

6. Jaminan Wang Dikembalikan
Disokongi pengalaman yang melebihi 20 tahun, pengilang kami di Taiwan yang merupakan pengasas kepada Teknologi Disk Pengionan Langsung™, kami mampu menyediakan sistem penapisan air dan produk pengionan air alkali yang bermutu tinggi pada setiap masa. Bagi tujuan memenuhi kepuasan para pengguna terhadap penggunaan produk kami dan juga sebagai jaminan kualiti produk kami, My Living Water menawarkan “Jaminan Wang Dikembalikan dalam Tempoh 30 Hari” untuk pembelian mana-mana Pengion Air Alkali HˉDDI kami. *Tertakluk kepada terma dan syarat.



7. Penjimatan Tenaga
Pengion Air Alkali HˉDDI My Living Water amat menjimatkan dari segi penggunaan tenaga elektrik kerana ia beroperasi dengan tenaga elektirk yang minimum. Sebagai contoh, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid™ dari My Living Water boleh beroperasi dengan tenaga serendah 75 watt manakala Pengion Air Alkali HˉDDI Premium™ and HˉDDI Portable™ hanya memerlukan 80 watt untuk berfungsi. Ringkasnya, dengan kadar penggunaan tenaga yang minima, Pengion Air Alkali HˉDDI menjimatkan caj elektrik walaupun digunakan untuk jangka masa yang panjang.

8. Cekap dan Berkesan

Pengion Air Alkali HˉDDI dari My Living Water yang memiliki Teknologi Disk Pengionan Langsung™, mampu mencapai tahap Potensi Pengurangan Pengoksidaan (Oxidation Reduction Potential; ORP) dengan konsisten walaupun pada kadar aliran air yang berlainan. Ini bermakna bahawa Pengion Air Alkali HˉDDI kami cekap berfungsi dan mampu menghasilkan air alkali hidrogen aktif yang berkualiti tinggi dengan kadar yang lebih laju dan kapasiti yang lebih besar.

9. Penyelenggaraan yang Mudah dan Jangka Hayat Produk yang Panjang
Umumnya, kalsifikasi (pengumpulan kalsium) di celah-celah membran di antara plat-plat menjadi masalah utama di dalam sistem pengionan air alkali konvensional. Dengan adanya Teknologi Disk Pengionan Langsung™ di mana disk tanpa membran, Pengion Air Alkali HˉDDI dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa masalah kalsifikasi. Oleh itu, Pengion Air Alkali HˉDDI yang ditawarkan oleh My Living Water tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap malahan ia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan kebanyakan produk pengion air konvensional.