Penapis

Penapis MLW untuk air yang lebih bersih, jernih dan selamat diminum!

KEUNIKAN PENAPIS MLW:
1. PRA-PENAPIS MLW
P.P. — Polipropilena (Polypropylene)
Ia membantu menapis mendapan seperti karat dan mendapan tanah (sehalus 5 mikron) secara berkesan. Di samping itu, penapis ini juga berupaya memastikan aliran air yang baik dan berterusan dengan bahan P.P.— Polipropilena (Polypropylene) yang memenuhi standard NSF. Ia boleh berfungsi dengan kapasiti sehingga 3,000 liter, iaitu jangka penggunaan selama 3 bulan.
GAC – Granulated Activated Carbon
Ia mengurangkan pengumpulan bahan-bahan mendapan dengan berkesan disamping membuang klorin, bahan kimia, rasa kurang enak dan bau. Butir-butir karbon yang diaktifkan (Granulated Activated Carbon) yang memenuhi standard NSF boleh beroperasi sehingga kapasiti 5,000 liter, iaitu penggunaan selama 6 bulan.
Nano Perak GAC
Nano Perak GAC (Nano Silver GAC) mempunyai dwifungsi, iaitu betindak sebagai penghalang pembiakan bakteria dan sebagai agen pengurangan klorin, bahan kimia, rasa kurang enak dan bau.
Secara ringkasnya, gandingan 3 ciri unik ini (Polipropilena, GAC dan Nano Perak GAC) telah menjadikan Pra-Penapis MLW satu sistem penapisan awal yang lengkap bagi memastikan air yang disalur masuk ke tempat kediaman dan tempat kerja anda sentiasa bersih, jernih dan selamat untuk digunakan.


2. PENAPIS DALAMAN (HˉDDI PREMIUM)
Penapis anti-bakteria yang diformulakan secara saintifik ini padat dengan ramuan istimewa GAC (Granulated Activated Cabon) iaitu buti-butir karbon yang diaktifkan, GAC Berisi Perak (Silver-Impregnated GAC) dan Kalsium Sulfit. Ramuan GAC amat baik kerana ia sangat berkesan membuang cecair dan gas yang mudah meruap, bahan pencemar pertanian dan kimia dan logam berat yang merbahaya. Tambahan pula, GAC Berisi Perak berkesan menghalang pembiakan bakteria, sementara Kalsium Sulfida bertindak sebagai penyingkir klorin yang hebat. Oleh itu, ia dapat memastikan keselamatan dan kebersihan sambil mengekalkan mineral berguna di dalam air minuman anda. Secara ringkas, penapis dalaman ini direkacipta khas untuk Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Premium kami yang berupaya memberikan bekalan air berkualiti tinggi yang memberi manfaat kesihatan terbaik untuk seluruh keluarga anda.






3. PENAPIS DALAMAN (HˉDDI PORTABLE)
Penapis Anti-Bakteria Submikron dengan Kalsium Sulfit ini diperbuat dari NANA Perak dan blok karbon bergred ‘A’ yang telah diaktifkan. Ia menghalang bakteria daripada membiak di dalam penapis. Di samping itu, ia berupaya menyingkirkan bahan kimia, THMs (Trihalomethanes) dan bahan-bahan pencemar radioaktif yang merbahaya dengan berkesan. Secara ringkasnya, Penapis Dalaman HˉDDI Portable ini direkacipta khas untuk Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Portable kami, iaitu pengion air alkali mudah alih yang pertama di Asia supaya anda dan keluarga anda dapat menikmati air alkali hidrogen aktif yang bermutu tinggi, bersih dan selamat, di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa!