PENAPIS DI LUAR PREMIS

Sistem Penapisan Membran Ultra My Living Water “Sistem Penapisan Membran Ultra PAN untuk Bekalan Air yang Lebih Bersih dan Selamat Diminum!”

Sistem Penapisan Membran Ultra Poliakrilonitril atau singkatannya, PAN (Polyacrylonitrile) bertindak sebagai penghadang yang melindungi bekas penapis daripada partikel dan bahan-bahan merbahaya apabila ia berada dalam keadaan terdedah. Ini membolehkan air yang mengalir menerusi sistem penapisan tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.

KEUNIKAN SISTEM PENAPIS DI LUAR PREMIS YANG DITAWARKAN OLEH MLW:

1. Tahan Lasak & Stabil Material Membran PAN amat tahan lasak dan stabil walaupun pada suhu yang sangat tinggi. Selain itu, kestabilannya masih dapat dikekalkan walaupun berada dalam keadaan pengoksidaan, keasidan atau kealkalian yang tinggi.

2. Berupaya Menahan Sinar Ultra Ungu (UV) Material Membran PAN yang berupaya menahan Sinar Ultra Ungu (Ultra Violet; UV) membolehkan penapis di luar premis ini berfungsi dengan baik walaupun berada dalam keadaan cuaca yang panas terik sepanjang tahun.

3. Dijamin Bebas daripada Bakteria & Virus sehingga 99.99% Penapis air di luar premis yang ditawarkan oleh MLW mempunyai liang membran yang amat halus, iaitu 0.01 μm (mikron), yang berupaya menghindari sebarang penembusan partikel-partikel yang merbahaya dengan lebih efektif.

4. Sistem Cucian Harian Automatik yang Beroperasi dengan Bateri Dengan adanya Sistem Cucian Harian Automatik (penentu masa auto), penapis di luar premis yang dibekalkan oleh MLW ini memastikan bahawa air yang disalur masuk ke dalam premis kediaman atau tempat bekerja anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan jernih. Sistem Cucian Harian Automatik yang berfungsi dengan bateri ini amat mudah digunakan. Pada masa yang sama, ia juga membantu mengurangkan pembaziran air ketika fungsi cucian harian automatik dijalankan.

5. Teknologi Eropah yang Canggih Penapis air untuk kegunaan luar premis yang dibekalkan oleh MLW ini diperbuat dengan Teknologi Eropah yang terbaru dan memiliki standard tertinggi serta innovasi terbaik.

6. Bekas Pelindung Penapis yang DiPerbuat daripada Keluli Tahan Karat Penapis air untuk kegunaan luar premis yang dibekalkan oleh MLW ini dilengkapi dengan bekas pelindung penapis (casing) yang diperbuat daripada ‘keluli tahan karat’ (stainless steel) yang memiliki fungsi anti-karat. Ia berupaya memastikan bahawa keadaan tempat simpanan air sentiasa bersih, selamat dan sedap diminum.

7. Memiliki Tahap Kebersihan dan Kejernihan 0.3 NTU Selain itu, penapis air untuk kegunaan luar premis yang dibekalkan oleh MLW mempunyai unit kekeruhan nefelometrik 0.3 NTU (Nephelometric Turbidity Unit). Ini bermakna bahawa air yang disalur masuk ke dalam tempat kediaman atau pejabat anda sentiasa berada dalam keadaan yang sangat bersih dan jernih — TIADA LAGI KEKERUHAN dalam air minuman anda!

8. Pengedaran Air yand Lebih Laju Ciri “Flux M3/ jam” (Flux M3/hr) yang dimiliki oleh sistem penapisan air untuk kegunaan luar premis yang ditawarkan oeh MLW ini membolehkan pengedaran air yang lebih baik dan lebih laju.

SPESIFIKASI SISTEM PENAPISAN MEMBRAN ULTRA PAN:

Tekanan Maksimum Bekas Pelindung  10 Bar
Tekanan Operator Nominal  1-4 Bar
Kaedah Beroperasi Aliran Silang / Penapisan Menyeluruh (Cross Flow / Complete Filtration)
Material Membran Poliakrilonitril; PAN (Polyacrylonitrile)
Jenis Membran Hidrofilik Dua Lapisan (Hydrophilic Double Skin)
Saiz Liang Membran  0.01 μm (mikron)
Jumlah Kawasan Permukaan Membran  5m²
Membran Gentian Berongga (Diameter Bahagian Dalam)  1.0mm
Membran Gentian Berongga (Diameter Bahagian Luar)  1.6mm<
Bilangan Gentian Berongga 2500 kepingan (pcs)
Dimensi Modul Membran  ø 4.5inci x 36 inci (panjang)
Material Penapis Keluli Tahan Karat 304 (Bekas dan Penutup)
Kapasiti Makmal  1,800 - 2,200 liter/jam (Domestic)
Kapasiti Lapangan  1,800 - 2,200 liter/jam (Domestic)
Mod Cucian Penentu Masa Automatik
Jaminan*  1 tahun

* Tertakhluk kepada syarat-syarat