HˉWater (Air Botol Beralkali Hidrogen Aktif)

Memperkenalkan HˉWater, Air Berfungsi untuk Kesihatan yang Lebih Menyeluruh!

Kita semua sedia maklum bahawa pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk memastikan organ-organ badan kita berfungsi dengan baik dan efektif untuk mengekalkan kesihatan kita. Namun, persoalannya ialah, “Adakah anda meminum air yang betul?”

Meminum air yang berkualiti, iaitu air alkali dengan tahap pH yang betul (pH 9.0) membantu untuk mengeluarkan toksin dari dalam badan dan dapat memberi jumlah anti-oksidan yang banyak untuk menghalang dan memulihkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, alkali yang tinggi dalam badan kita juga akan mempercepatkan proses regenerasi sel-sel dan penyerapan nutrien dalam badan kita agar menjadi lebih efisien. Ini akan menyebabkan kesihatan tubuh badan yang lebih menyeluruh! Oleh itu, HˉWater (Air Beralkali Hidrogen Aktif) berfungsi untuk membantu badan kita memperolehi kesihatan yang lebih menyeluruh!




Kenapa anda perlukan HˉWater?

Di dalam kehidupan masa kini, usaha untuk mengekalkan tabiat kesihatan yang betul seperti kerap bersenam, tidur secukupnya, pemakanan yang sihat, pengambilan makanan berkhasiat dan air yang mencukupi, menjadi semakin mencabar. Malahan, kekerapan terdedah kepada pelbagai faktor seperti asap rokok, kafein, perisa makanan dan pengawet, makanan berminyak dan kolesterol tinggi serta keadaan cuaca melampau yang menjadikan keadaan dehidrasi lebih serius dan menambahkan lagi radikal bebas dalam tubuh turut mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan juga mempercepatkan proses penuaan.

Untuk membantu badan anda berfungsi secara optimum dengan tahap penghidratan yang mencukupi, kami telah mengeluarkan air alkali hidrogen aktif dalam bentuk botol yang senang dibawa untuk kemudahan anda di hari-hari yang sibuk. HˉWater kini ditawarkan dalam botol 500 ml dan 1,500 ml. HˉWater 500 ml ditawarkan dalam 24 botol sekotak manakala HˉWater 1,500 ml dalam 12 botol sekotak. Ia menjadi sumber anti-oksida yang hebat yang anda perlukan untuk membaiki kerosakan disebabkan oleh radikal bebas dan mengimbangi pH di dalam badan anda secara semulajadi, selamat dan berkesan!


Mengenai HˉWater

HˉWater merupakan air alkali hidrogen aktif (pH 9.0) bergred premium yang dihasilkan dengan teknologi pengionan air yang tercanggih yang telah dipatenkan di Jepun dan Amerika Syarikat. “H” merujuk kepada kesihatan (Health), pemulihan (Healing), penghidratan (Hydration), molekul air berbentuk heksagon (Hexagonal Water Molecules) dan hidrogen (Hydrogen).

Ia adalah anti-oksida yang paling hebat dan penyahtoksin terbaik bagi membantu mengimbangi pH di dalam badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda. Kini, air alkali hidrogen aktif telah dibotolkan untuk memudahkan anda menikmati kelebihan HˉWater pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada!






Rahsia HˉWater …

6 Kebaikan Air Alkali Hidrogen Aktif, yakni rahsia di sebalik HˉWater:

1. Kaya dengan ion hidrogen negatif (H-) dan hidrogen aktif (H), iaitu anti-oksida yang paling kecil tetapi yang paling efektif.

2. Kaya dengan ion mineral alkali semula jadi seperti Ca2+, Mg2+, K+ dan sebagainya. Kesemua ion mineral ini mudah diserap dan digunakan oleh sel-sel badan.

3. Kaya dengan oksigen terlarut yang meningkatkan kadar metabolisme.

4. Kaya dengan elektron (e-) atau ion negatif yang pantas bertindak sebagai anti-oksida.

5. Kelompok struktur air yang kecil dan berbentuk heksagon yang bertindak sebagai pembawa nutrien dan penyahtoksin yang terbaik.

6. Tahap pH yang selamat diminum dan konsisten membantu memulihkan imbangan pH yang betul di dalam badan anda.




Bagaimana HˉWater Meningkatkan Kesihatan Anda?

HˉWater:

✓ Bertindak sebagai anti-oksida yang terbaik untuk melawan radikal bebas

✓ Bertindak sebagai penyahtoksin yang efektif

✓ Menggalakkan penurunan berat badan dengan fungsi pengemulsi minyak (membakar lemak).

✓ Meningkatkan kesan pemulihan dengan mengimbangi tahap pH badan anda

✓ Meningkatkan kadar metabolisme and memperbaiki sistem penghadaman

✓ Membantu menghidratkan badan dengan berkesan melalui struktur molekul-molukul air yang bersaiz mikro

✓ Membantu meningkatkan kesan anti-penuaan

✓ Membantu meningkatkan jangka hayat sel-sel badan

✓ Membantu meningkatkan tenaga dan stamina, terutamanya untuk ahli-ahli sukan dan golongan atlet professional




Kenapa HˉWater menjadi pilihan utama pengguna?

Jika anda ingin mencapai kesihatan terbaik dari hujung rambut ke hujung kaki, anda perlu bijak ketika membuat pilihan produk-produk kesihatan dan mengutamakan jenama yang berupaya menawarkan produk berkualiti dan selamat digunakan. My Living Water mampu menyediakan apa yang anda inginkan. Air botol alkali hidrogen aktif kami, iaitu “HˉWater” dijamin mampu memenuhi keperluan kualiti dan tahap keselamatan anda kerana:

HˉWater dihasilkan oleh pengilang yang memperolehi lesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga disahkan Halal oleh JAKIM.

HˉWater dihasilkan melalui teknologi Disk Pengionan Langsung™ yang bergred industri yang unik, iaitu tanpa membran

HˉWater dihasilkan melalui Teknologi Disk Pengionan Langsung yang telah dipatenkan di 30 buah negara serata duina termasuklah Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Teknologi baru ini mampu memenuhi syarat-syarat dan piawaian yang ketat dalam industri penghasilan air alkali dan juga di pasaran.

HˉWater dihasilkan oleh pengilang yang berpengalaman selama 20 tahun di dalam pengeluaran sistem pengionan air beralkali. Oleh itu, pengilang kami dapat memberi tahap kawalan kualiti yang tiada tolokbandingnya, bertepatan dengan keperluan keselamatan dan standard pengeluaran.

HˉWater dibotolkan dengan botol gred makanan (PET 1) TANPA BPA yang menghalang sebarang larut lesap kimia dan juga mengekalkan kualiti air.


Kini anda telah mengetahui segala informasi mengenai kebaikan HˉWater. Jangan berlengah lagi, mulakan regimen kesihatan anda dengan HˉWater!