HˉDDI Portable

“Kini anda boleh menikmati manfaat air alkali hydrogen aktif dimana jua anda berada dan pada bila-bila masa!”

Kini, anda menikmati air alkali hydrogen aktif di mana jua anda berada dan pada bila-bila masa dengan adanya Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Portable, yakni pengion mudah alih pertama yang dilengkapi dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™.

Pengion Air Alkali HˉDDI Portable amat unggul kerana ia dilengkapi dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™, di mana ia mampu menangani masalah kalsifikasi (pengumpulan kalsium/ kapur) dengan efektif. TIADA KALSIFIKASI (Pengumpulan Kalsium) bermakna TIADA MEMBRAN DAN PLAT TERSUMBAT dan TIADA LAGI MASALAH PENYELENGGARAAN!

“Anda hanya perlu pasang dan guna. Boleh digunakan pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada!” Kini, anda boleh menikmati kebaikan air alkali hidrogen aktif di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa anda perlukannya, walaupun anda sedang melancong di luar negara!







10 Ciri Unik Pengion Air Alkali HˉDDI Portable:

1. Ringan dan mudah alih!
Anda boleh membawa bersama-sama anda setiap kali anda melancong ke luar negara kerana produk ini amat ringan (lebih kurang 2.6 kg sahaja) dan mudah dibawa.

2. Boleh dipasang di mana-mana lokasi yang diingini
Anda boleh pasangkan Pengion Air Alkali HˉDDI Portable di mana-mana walaupun tempat tersebut tidak mempunyai pantri atau dapur seperti bilik tidur, ruang tamu, pejabat, halaman rumah, ruang terapi atau bilik hotel. Oleh itu, anda dan orang tersayang anda boleh menikmati air alkali hidrogen aktif (anti-oksidan yang paling hebat) pada bila-bila masa dan di mana jua.

3. Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang berterusan
Dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™, Pengion Air Alkali H-DDI Hybrid mampu mencapai tahap Potensi Pengurangan Pengoksidaan (Oxidation Reduction Potential; ORP) yang konsisten pada kadar aliran air yang berbeza, membolehkan air alkali hidrogen aktif berkualiti tinggi dihasilkan dengan kapasiti yang lebih besar pada setiap masa.

4. Rekabentuk saluran tenaga yang berpaten untuk kawalan tahap TDS dan penyelarasan tahap pH
Rekabentuk saluran keluar tenaga yang stabil yang telah dipatenkan ini memastikan Pengion Air Alkali HˉDDI Portable berupaya mengawal tahap ‘Jumlah Pepejal Terlarut’ (Total Dissolved Solids; TDS) yang berpunca dari sumber air dan menyelaraskannya secara automatik bagi mengekalkan tahap pH yang konsisten.

5. Daya tahan terhadap air bersuhu tinggi

Tidak seperti pengion air sistem plat yang biasa, Pengion Air Alkali HˉDDI Portable memiliki daya tahan terhadap air panas. Ringkasnya, jika anda menggunakan air panas secara tidak sengaja, ini tidak akan merosakkan unit pengion tersebut kerana Pengion HˉDDI Portable dicipta tanpa sebarang membran.

6. Penapis pasangsiap dicipta untuk kemudahan!
Dengan adanya penapis yang sudah dipasangsiap, anda boleh menikmati kebaikan air alkali tanpa risau sama ada tempat tersebut mempunyai penapis tambahan ataupun tidak. Penapis yang memiliki ciri ‘putar dan kunci’ yang mudah dipasang ini dicipta khas untuk Pengion Air Alkali HˉDDI Portable supaya senang diselenggara dan dikendalikan.

7. Dicipta untuk kegunaan antarabangsa!
Pengion Air Alkali HˉDDI Portable dilengkapi dengan ‘Aliran Kuasa Mod Boleh-ubah’ untuk kegunaan antarabangsa. Oleh itu, ia boleh beroperasi dari 110V ke 220V tanpa disambungkan kepada adaptor tambahan. Anda boleh pasang di mana-mana sumber elektrik tanpa mengira di mana negara yang anda kunjungi.

8. Penjimatan Tenaga!

Pengion Air Alkali HˉDDI Portable berupaya beroperasi dengan cekap walaupun hanya menggunakan tenaga elektrik serendah 80 watt dan pada voltan yang rendah (110V ke 220V). Walaupun penggunaan tenaga elektriknya lebih rendah berbanding pengion sistem plat konvensional yang lain, Pengion Air Alkali HˉDDI Portable mampu berfungsi pada kadar yang lebih cekap dan efektif. Pendek kata, ini dapat menjimatkan kos elektrik untuk jangka masa panjang.

9. Dibina dengan kitaran cucian automatic!
Ia dilengkapi dengan kitaran cucian automatik supaya unit itu sentiasa berfungsi pada kadar yang optima.

10. Mudah digunakan

Pengion Air Alkali HˉDDI Portable dilengkapi dengan 2 tahap alkali (Tinggi / Rendah) maka ia amat mudah digunakan. Anda tidak perlu mengendalikan dengan sebarang masalah teknikal. Hanya pasangkan plug ke sumber elektrik, pilih tahap alkali yang anda ingini dan ia sudah sedia digunakan.

PERBANDINGAN PERBELANJAAN AIR MINERAL BOTOL DENGAN PENGION AIR ALKALI HˉDDI MUDAH ALIH (HˉDDI PORTABLE):

Bilangan ahli keluarga dalam isi rumah: 2 orang (suami isteri)
Anggaran pengambilan air untuk setiap orang: 8 gelas air sehari

1 gelas air = 250 ml
8 gelas x 250 ml = 2,000 ml (2 liter) bagi setiap orang

Anggaran pengambilan air harian isi rumah ini:
2,000 ml x 2 orang = 4,000 ml sehari
(3 botol x 1,500 ml air mineral setiap isi rumah)

Tempoh Air Mineral Botol RM 0.50 segelas Pengion HˉDDI Mudah Alih (HˉDDI Portable) RM 0.16 segelas Jumlah Penjimatan
3 Tahun RM 8,869.50 RM 2,880 RM 5,989.50
5 Tahun RM 14,782.50 RM 4,800 RM 9,982.50

Air Mineral Botol::
RM2.70* sebotol (1,500 ml) (*harga terendah di pasaran)
3 botol (1,500 ml) air mineral = RM 8.10 sehari
8 gelas sehari x 2 orang = 16 gelas sehari
RM 8.10 / 16 gelas = RM 0.50 segelas air mineral

Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam tempoh 1 tahun:
RM 8.10 x 365 hari = RM 2,956.50 setahun
Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam tempoh 3 tahun: RM 8,869.50
Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam tempoh 5 tahun: RM 14,782.50

PERBANDINGAN PENGION AIR ALKALI HˉDDI MUDAH ALIH::
Harga Pengion Air Alkali HˉDDI Mudah Alih (HˉDDI Portable) adalah RM 4,800 seunit.
RM 4,800 / 5 tahun = RM 960 setahun
RM 960 / 365 hari = RM 2.63 sehari
RM 2.63 / 2 orang = RM 1.32 bagi setiap orang
RM 1.32 / 8 gelas sehari = RM 0.16 segelas air alkali hidrogen aktif

Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali aktif hidrogen dalam 1 tahun: RM 4,800 / 5 tahun = RM 960 setahun
Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali aktif hidrogen dalam tempoh 3 tahun: RM 2,880
Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali aktif hidrogen dalam tempoh 5 tahun: RM 4,800

Berbanding dengan air mineral botol, Pengion Air Alkali HˉDDI Mudah Alih (HˉDDI Portable) memberi anda penjimatan sebanyak 3 kali atau hampir 300% penjimatan!

Miliki Pengion Air Alkali HˉDDI Mudah Alih (HˉDDI Portable) dengan hanya RM 200 ansuran bulanan!

Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam tempoh 1 tahun: RM 8.10 x 365 hari = RM 2,956.50 setahun

Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam tempoh 2 tahun (atau 24 bulan): RM 2,956.50 x 2 tahun = RM 5,913.00

Perbandingan perbelanjaan bulanan untuk membeli air mineral botol dengan Pengion Air Alkali Mudah Alih HˉDDI (HˉDDI Portable) melalui pelan bayaran ansuran 24 bulan: RM 5,913/24 bulan = RM 246.38 sebulan BERBANDING DENGAN RM 4,800 / 24 bulan = RM 200 sebulan

Daripada menghabiskan RM 5,913.00 dalam tempoh 2 tahun (iaitu RM 246.38 setiap bulan) untuk membeli air mineral botol, anda sebenarnya boleh memiliki satu unit Pengion Air Alkali Mudah Alih HˉDDI dengan RM 200 ansuran bulanan sahaja bagi tempoh yang sama, iaitu 24 bulan. Hubungi kami di 603 - 4021 6929 / 4031 8566 untuk demo percuma!

SPESIFIKASI PENGION AIR ALKALI Mudah Alih HˉDDI:

Voltan 110-220V
Kuasa 80W
Stand-By Mode 2W
Dimensi (mm) 403 (H) x 145 (W) x 313 (D)
Berat Lebih kurang 2.6 kg
Filtered Water Container Capacity 1500 ml
Acidic Water Container 800 ml
Water Outlet 1100 ml
Continuous Usage 60 seconds
Electrolysis Power Two level of alkalinity (High / Low)
Electrode Cleaning Cycle Auto Cleaning
Standard Filter Lifespan 300 Litres
Fuse 3.15 Amps
Length of Power Cord Approximately 2 m
Water Temperature Normal Room Temperature

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengion Air Alkali Mudah Alih HˉDDI:

Klik di sini untuk muat turun Risalah Produk Pengion Air Alkali Mudah Alih HˉDDI

Klik di sini untuk muat turun Garis Panduan Pengguna Pengion Air Alkali Mudah Alih HˉDDI