HˉDDI Premium

"Amat Komprehensif dan Hebat!"

Dilengkapi dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™ (Direct Disk Ionization™ Technology) yang besar, Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Premium menawarkan pilihan tahap pH yang lebih banyak dan berkapasiti tinggi untuk memenuhi keperluan air anda yang berbeza, dari air minuman dan penjagaan peribadi hingga ke pembersihan makanan dan ruang kediaman anda.

Rekabentuk Disk Berbentuk Bulat Tanpa Membran merupakan ciri unik Teknologi Disk Pengionan Langsung™ di mana ia mampu menangani masalah kalsifikasi (pengumpulan kalsium/ kapur) dengan efektif. TIADA KALSIFIKASI (Pengumpulan Kalsium) bermakna TIADA MEMBRAN DAN PLAT TERSUMBAT dan TIADA LAGI MASALAH PENYELENGGARAAN!

Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Premium adalah pilihan terbaik bagi memenuhi keperluan bekalan air seisi keluarga anda, terutamanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Kapasiti Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Premium juga sesuai untuk kegunaan yang kerap seperti di pejabat dan tempat bekerja yang mempunyai ramai kakitangan. Pengambilan air alkali hidrogen aktif juga membantu menjadikan para pekerja anda lebih bertenaga dan dapat meningkatkan tahap kerja mereka kerana Air Alkali Hidrogen Aktif membekalkan anti-oksidan dan hidrasi yang lebih berkesan.

“Pengion Air Alkali Hidrogen Aktif HˉDDI Premium merupakan satu penyelesaian air berkualiti yang komprehensif!”

10 CIRI UNIK Pengion Air Alkali HˉDDI Premium

1. Pilihan tahap pH yang pelbagai untuk keperluan air yang berbeza
Pengion Air Alkali HˉDDI Premium mempunyai butang pilihan 8-fungsi yang menawarkan pilihan tahap pH yang pelbagai dari pH 3.5 hingga pH 10 bagi memenuhi keperluan dan kegunaan berbeza di rumah dan di tempat bekerja anda.

“Memiliki Suis Pra-Set tahap pH yang berbeza untuk pelbagai kegunaan harian. Amat mudah digunakan!”

2. Fungsi "Super Oxide"

Dengan tambahan sedikit garam biasa atau garam laut sahaja (lebih kurang 80% bekas mineral di bahagian atas pengion), Pengion Air Alkali HˉDDI Premium mampu menghasilkan air bertahap alkali setinggi pH 11.5. Pada masa yang sama, pengion ini juga boleh menghasilkan air bertahap asid setinggi pH 2.5. Dengan mudah, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium berupaya menghasilkan lebih kurang 100 liter air asid dan air alkali bertahap tinggi yang sesuai untuk kegunaan luaran.

3. Kapasiti lebih besar untuk penggunaan yang kerap dan banyak
Dengan kapasiti penapisan sehingga 10,000 liter, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium menawarkan kapasiti yang lebih besar untuk penggunaan yang lebih kerap dan banyak.

Pengion Air Alkali HˉDDI Premium merupakan penyelesaian air alkali paling bersesuaian untuk anda dan keluarga anda, terutamanya jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Sekiranya anda mempunyai lebih dari 6 orang ahli keluarga, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium adalah pilihan yang paling tepat.

Pengion Air Alkali HˉDDI Premium yang berkapasiti besar sangat sesuai untuk kegunaan pejabat di mana kekerapan penggunaannya membuatkan pekerja anda lebih bertenaga agar dapat meningkatkan prestasi kerja mereka apabila mereka meminum air alkali hidrogen aktif.

4. Sistem Pembersihan Automatik untuk Penyelengaraan yang lebih Mudah
Pengion Air Alkali HˉDDI Premium dilengkapi dengan kitaran pembersihan automatik untuk memastikan pengion ini mampu berfungsi pada kadar optima. Dengan hanya membenarkan air mengalir selama 15 hingga 30 saat setelah mendengar bunyi ‘bip’ (bila skrin bertukar menjadi merah), pengion ini akan menyempurnakan kitaran cuciannya secara automatik.

Oleh itu, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium akan sentiasa berfungsi dengan cekap!

5. Penjimatan Tenaga

Teknologi Disk Pengionan Langsung™ dan rekabentuknya yang mengawal saluran keluar tenaga yang konsisten dan berterusan membolehkan Pengion Air Alkali HˉDDI Premium berfungsi dengan cekap dengan hanya sedikit kuasa tenaga elektrik. Pengion Air Alkali HˉDDI Premium berupaya beroperasi dengan cekap walaupun hanya menggunakan tenaga elektrik serendah 80 watt. Walaupun penggunaan tenaga elektriknya lebih rendah berbanding pengion sistem plat konvensional yang lain, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium mampu berfungsi pada kadar yang lebih cekap dan efektif. Pendek kata, ini dapat menjimatkan kos elektrik untuk jangka masa panjang.

6. Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang efektif pada kadar aliran air yang berbeza
Sementara unit pengion konvensional lazimnya memerlukan kadar aliran rendah untuk memaksimakan Potensi Pengurangan Pengoksidaan (Oxidation Reduction Potential; ORP), Teknologi Disk Pengionan Langsung™ kami dapat mengoptimakan tahap ORPnya pada apa sekali kadar aliran bagi menghasilkan air alkali hidrogen aktif yang berkualiti tinggi dengan kapasiti yang lebih besar di sepanjang masa.

7. Rekabentuk saluran keluar tenaga yang berpaten untuk mengawal tahap ‘Jumlah Pepejal Terlarut’ (TDS) dan pH
Rekabentuk saluran keluar tenaga yang stabil yang telah dipatenkan ini memastikan Pengion Air Alkali HˉDDI Premium berupaya mengawal tahap ‘Jumlah Pepejal Terlarut’ (Total Dissolved Solids; TDS) yang berpunca dari sumber air dan menyelaraskannya secara automatik bagi mengekalkan tahap pH yang konsisten.

8. Daya tahan terhadap air bersuhu tinggi

Tidak seperti pengion air sistem plat yang biasa, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium memiliki daya tahan terhadap air panas. Ringkasnya, jika anda menggunakan air panas secara tidak sengaja, ini tidak akan merosakkan unit pengion tersebut kerana Pengion HˉDDI Premium dicipta tanpa sebarang membran.

9. Rekabentuk anggun yang bersesuaian dengan hiasan dalaman pantri pejabat atau dapur!
Pengion Air Alkali HˉDDI Premium mempunyai rekabentuk yang anggun yang mudah dipadankan dengan mana-mana gaya hiasan dalaman dapur ataupun pantri pejabat, dari reka bentuk bergaya klasik hinggalah gaya hiasan dalaman moden.

10. Penjimatan Wang

PERBANDINGAN PERBELANJAAN AIR MINERAL BOTOL DENGAN PENGGUNAAN HˉDDI PREMIUM

Tempoh Air botol mineral(RM0.35 segelas) Pengion HˉDDI Premium (RM0.08 segelas) Jumlah Penjimatan
3 Tahun RM 18,615 RM 4,320 RM 14,295
5 Tahun RM 31,025 RM 7,200 RM 23,825

Bilangan ahli dalam isi rumah : 6 ahli keluarga (4 dewasa & 2 kanak-kanak)
Anggaran pengambilan air setiap orang : 8 gelas air sehari
1 gelas air = 250 ml
8 gelas x 250 ml = 2,000 ml (2 liter) seorang

Anggaran penggunaan air setiap hari:
2,000 ml x 6 orang = 12,000 ml (12 liter) sehari
(2 botol x 6,000 ml air mineral sehari)

Air Botol Mineral:
RM8.50* sebotol (6,000 ml) (*harga terendah dipasaran)
2 botol x RM 8.50 = RM 17.00 sehari
8 gelas sehari x 6 orang = 48 gelas sehari
RM 17.00/ 48 gelas = RM 0.35 segelas air mineral

Perbelanjaan ke atas air mineral botol dalam tempoh 1 tahun : RM 17.00 x 365 hari = RM 6,205 setahun
Perbelanjaan ke atas air mineral botol dalam tempoh 3 tahun : RM 18,615
Perbelanjaan ke atas air mineral botol dalam tempoh 5 tahun: RM 31,025

BERBANDING DENGAN PENGION AIR ALKALI H-DDI PREMIUM:

Harga Pengion Air Alkali HˉDDI Premium ialah RM 7,200 seunit.
RM 7,200 / 5 tahun = RM 1,440 setahun
RM 1,440 / 365 hari = RM 3.95 sehari
RM 3.95 / 6 orang = RM0.66 seorang
RM 0.66 / 8 gelas sehari = RM 0.08 segelas air alkali hidrogen aktif

Perbelanjaan ke atas air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 1 tahun: RM 7,200 / 5 tahun = RM 1,440 setahun
Perbelanjaan ke atas air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 3 tahun: RM 4,320
Perbelanjaan ke atas air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 5 tahun: RM 7,200

Berbanding dengan air mineral botol, Pengion Air Alkali HˉDDI Premium memberi anda hampir 4 kali ganda atau 400% penjimatan!

Miliki Satu Unit Pengion Air Alkali HˉDDI Premium dengan bayaran ansuran RM300 sebulan sahaja!

Perbelanjaan ke atas air mineral botol dalam tempoh 1 tahun : RM 17.00 x 365 hari = RM 6,205 setahun
Perbelanjaan ke atas air mineral botol dalam tempoh 2 tahun (atau 24 bulan): RM 6,205 x 2 tahun = RM 12,410

Perbandingan perbelanjaan bulanan ke atas air mineral botol dengan Pengion Air Alkali HˉDDI Premium melalui pelan ansuran 24 bulan:
RM 12,410 / 24 bulan = RM 517.08 sebulan BERBANDING DENGAN RM 7,200 / 24 bulan = RM 300 sebulan

Daripada membelanjakan wang sebanyak RM 12,410 untuk 2 tahun (hampir RM 517.08 setiap bulan) bagi membeli air botol mineral, anda sebenarnya mampu memiliki Pengion Air Alkali HˉDDI Premium dengan hanya membayar ansuran RM 300 sebulan dalam tempoh yang sama, iaitu 24 bulan. Hubungi kami sekarang di 603 – 4021 6929 / 4031 8566 untuk demo percuma!




SENARAI SPESIFIKASI PRODUK PENGION HˉDDI PREMIUM:

Elektrik DC -2A ~6A
Voltan AC 100 ~240V / 50 ~60 Hz
Penggunaan Kuasa Elektrik Maksimum 80w
Wayar Elektrik 5 kaki (feet) - plug serampang 3
Tahap Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) +500 Mv to - 400 Mv*
Kawalan Fius 4 Amp
Dimensi 250 mm (Lebar) x 330 mm (Tinggi) x 155 mm (Kedalaman)
Kapasiti Penapis 10,000 liter
Penyingkir Klorin < 0.0001ppm (99.9999%)
Suhu Air 39°F to 98°F (4°C to 39°C)
Berat 4.6 kg
Kadar Aliran Air Minimum Minimum 1.2L / Minit
Kadar Aliran Air Yang Disyorkan 1.3 L hingga 2.0 L /Minit
Kitar Pembersihan Automatik
  • • Purata 1 hingga 3 kali sehari
  • • Bunyi “Bip” & Paparan Skrin menunjukkan pembersihan automatik sedang dijalankan
Tahap pH pH 2.5 to pH 11.7
Panel Kawalan Fungsi Butang Suis Pra-Set 8 Butang Suis Pra-Set untuk Memudahkan Pilihan Tahap pH:
  • • Super Oksida (Super Oxide): pH 11.5 – 11.7
  • • Membasuh Sayuran (Washing Vegetable): pH 10.0
  • • Memasak (Cooking): pH 9.5
  • • Minuman Harian (Daily Drinking): pH 9.0
  • • Minuman Tahap Awal (Initial Drinking): pH 8.5
  • • Air Neutral Bertapis (Purified Water): pH 7.0
  • • Penjagaan Kulit (Skin Care): pH 5.5
  • • Cucian Umum (General Cleaning): pH 4.0
Fungsi Super Oksida (Super Oxide) Menghasilkan Air Alkali dengan tahap pH yang tinggi (pH 11.5 - 11.7) & Air Asid dengan tahap pH tinggi (pH 2.5 – 2.7) menggunakan garam biasa atau garam laut
*Air Alkali dan Air Asid dengan tahap pH yang tinggi hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja.
Fungsi Set Semula (Jangka Hayat Penapis) Butang suis untuk set semula jangka hayat penapis selepas penapis diganti (unit ukuran penggunaan dalam liter)
Skrin Paparan Penunjuk:
  • • Tahap pH
  • • Jangka Hayat Penapis Dalaman (Penggunaan Dalam Unit Liter)
  • • Kadar Aliran Air (Liter Seminit)
  • • Proses Pengionan sedang dijalankan

* Bergantung kepada sumber air.

Maklumat selanjutnya mengenai Pengion Air Alkali HˉDDI Premium:

Klik di sini untuk muat turun Risalah Produk HˉDDI Premium

Klik di sini untuk muat turun Garis Panduan Pengguna HˉDDI Premium