HˉDDI Hybrid

“Tingkatkan kualiti air minuman anda dengan serta merta… Pengion HˉDDI Hybrid yang Hebat, Cekap & Pintar!”

Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid dari My Living Water amat unggul kerana keupayaannya meningkatkan taraf sistem penapisan sedia ada anda ke taraf kualiti yang lebih baik. Dilengkapi dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™, di mana ia mampu menangani masalah kalsifikasi (pengumpulan kalsium/ kapur) dengan efektif. TIADA KALSIFIKASI (Pengumpulan Kalsium) bermakna TIADA MEMBRAN DAN PLAT TERSUMBAT dan TIADA LAGI MASALAH PENYELENGGARAAN!

Kini, anda dan ahli keluarga yang tersayang boleh menikmati air alkali hidrogen aktif yang bermutu tinggi dengan selesa di tempat kediaman anda kerana penyelenggaraannya yang amat mudah dan teknologinya yang pintar lagi cekap. Selain itu, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid juga mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan kebanyakan pengion air konvensional di pasaran.





10 Ciri Unik Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid:

1. Peningkatan tahap kualiti air dengan serta-merta!
Selain dari Teknologi Disk Pengionan Langsung™ yang terkini, faktor utama yang membezakan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid kami dengan produk pengion lain di pasaran adalah keupayaannya untuk meningkatkan taraf sistem penapisan air anda yang sedia ada, yakni menaikkan tahap kualiti air dengan serta-merta. Ini bermakna anda tidak perlu membuang sistem penapisan air anda yang sedia ada – TIADA PEMBAZIRAN! Apa yang perlu anda lakukan adalah membenarkan staf teknikal kami untuk menyambungkan sistem penapisan air anda yang sedia ada dengan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid.

2. Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang berterusan
Dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid mampu mencapai tahap Potensi Pengurangan Pengoksidaan (Oxidation Reduction Potential; ORP) yang konsisten pada kadar aliran air yang berbeza, membolehkan air alkali hidrogen aktif berkualiti tinggi dihasilkan dengan kapasiti yang lebih besar pada setiap masa.

3. Pintar, Kecil dan Hebat
Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid mempunyai rekabentuk kecil dan pintar yang sesuai di ruang dapur atau pantri pejabat yang sempit and boleh dipadankan dengan pelbagai hiasan dalaman dapur, dari gaya hiasan klasik hingga ke gaya hiasan dalaman yang moden. Rekabentuk saluran keluar tenaga yang stabil yang telah dipatenkan ini memastikan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid berupaya mengawal tahap ‘Jumlah Pepejal Terlarut’ (Total Dissolved Solids; TDS) yang berpunca dari sumber air dan menyelaraskannya secara automatik bagi mengekalkan tahap pH yang konsisten. Walaupun saiznya kecil, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid cekap berfungsi dan berkapasiti besar.

4. Daya tahan terhadap air bersuhu tinggi

Tidak seperti pengion air sistem plat yang biasa, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid memiliki daya tahan terhadap air panas. Ringkasnya, jika anda menggunakan air panas secara tidak sengaja, ini tidak akan merosakkan unit pengion tersebut kerana Pengion HˉDDI Hybrid dicipta tanpa sebarang membran.

5. Ciri penyejukan kuasa yang menghalang risiko pengion menjadi terlampau panas
Kebanyakan pengion air di pasaran hanya beroperasi untuk waktu yang terhad dan perlu selalu dimatikan suisnya untuk tujuan penyejukan. Untuk mengatasi masalah kepanasan unit pengion yang terlampau, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid kami disediakan dengan ciri penyejukan yang unik yang membenarkannya beroperasi secara berterusan tanpa risiko mengalami kepanasan yang terlampau walaupan digunakan untuk jangka masa yang panjang.

6. Penjimatan Tenaga

Teknologi Disk Pengionan Langsung™ dan rekabentuknya yang mengawal saluran keluar tenaga yang konsisten dan berterusan membolehkan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid berfungsi dengan cekap dengan hanya sedikit kuasa tenaga elektrik. Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid berupaya beroperasi dengan cekap walaupun hanya menggunakan tenaga elektrik serendah 75 watt. Walaupun penggunaan tenaga elektriknya lebih rendah berbanding pengion sistem plat konvensional yang lain, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid mampu berfungsi pada kadar yang lebih cekap dan efektif. Pendek kata, ini dapat menjimatkan kos elektrik untuk jangka masa panjang.

7. Kalis Air

Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid dilengkapi dengan ciri kalis air untuk menghalang unit pengion ini dari kebasahan akibat tumpahan air yang mungkin merbahaya kepada pengion tersebut yang beroperasi dengan kuasa elektrik.

8. Mudah dipasang
Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid senang dipasang kerana ia hanya memerlukan 2 langkah pemasangan mudah, iaitu, tiub saluran air masuk dan tiub saluran air keluar.

9. Adapter kuasa universal untuk kegunaan antarabangsa
Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid dilengkapi dengan ‘Aliran Kuasa Mod Boleh-ubah’ untuk kegunaan antarabangsa. Oleh itu, ia boleh beroperasi dari 100V ke 240V tanpa disambungkan kepada adaptor tambahan.

10. Sistem Pembersihan Automatik untuk Penyelengaraan yang lebih Mudah
Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid dicipta dengan kitaran cucian automatik bagi setiap 12 minit penggunaan. Cucian tahunan boleh dilakukan di rumah menggunakan kit pembersihan yang ringkas. Anda juga boleh menghubungi staf teknikal kami untuk membuat penyelenggaraan tahunan.

PERBANDINGAN PERBELANJAAN AIR MINERAL BOTOL DENGAN PENGION H-DDI HYBRID:

Bilangan ahli keluarga dalam isi rumah: 4 ahli keluarga (2 orang dewasa & 2 orang kanak-kanak)
Anggaran pengambilan air untuk setiap orang: 8 gelas air sehari
1 gelas air = 250 ml
8 gelas x 250 ml = 2,000 ml (2 liter) bagi setiap orang

Anggaran pengambilan harian air isi rumah:
2,000 ml x 4 orang = 8,000 ml sehari
(Kira-kira 1 botol 9,500 ml air mineral diperlukan oleh isi rumah di atas)

Harga Air Mineral Botol::
RM11.00 * sebotol (9,500 ml) (*harga terendah di pasaran)
1 botol (9,500 ml) air mineral = RM 11.00 sehari
8 gelas sehari x 4 orang = 32 gelas sehari
RM 11.00 / 32 gelas = RM 0.34 segelas air mineral



BERBANDING DENGAN PENGGUNAAN PENGION AIR ALKALI HˉDDI HYBRID:

Tempoh Air Mineral Botol (RM 0.34 segelas) Pengion HˉDDI Hybrid (RM 0.06 segelas) Jumlah Penjimatan
3 RM 12,045 RM 2,280 RM 9,765
5 RM 20,075 RM 3,800 RM 16,275

Harga Pengion HˉDDI Hybrid adalah RM 3,800 seunit.
RM 3,800 / 5 tahun = RM 760 setahun
RM 760 / 365 hari = RM 2.08 sehari
RM 2.08 / 4 orang = RM0.52 bagi setiap orang
RM 0.52 / 8 gelas sehari = RM 0.06 segelas air alkali hidrogen aktif

Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 1 tahun:
RM 3,800 / 5 tahun = RM 760 setahun
Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 3 tahun: RM 2,280
Perbelanjaan untuk penggunaan air alkali hidrogen aktif dalam tempoh 5 tahun: RM 3,800

Berbanding dengan air mineral botol, Pengion HˉDDI Hybrid memberikan anda lebih kurang 6 kali penjimatan atau hampir 600% penjimatan!

Miliki seunit Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid hanya dengan bayaran ansuran RM 291.67 sebulan!

Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol dalam 1 tahun (12 bulan): RM 11 x 365 hari = RM 4,015 setahun

Perbelanjaan untuk membeli air mineral botol berbanding dengan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid melalui pelan ansuran 12 bulan:
RM 4,015/12 bulan = RM 334.58 sebulan BERBANDING DENGAN RM 3,800 / 12 bulan = RM 316.67 sebulan.

Mengapa bazirkan RM 4,015 setiap tahun (RM 334.58 sebulan) untuk membeli air mineral botol? Anda boleh memiliki satu unit Pengion HˉDDI Hybrid dengan hanya RM 316.67 ansuran bulanan dalam tempoh 12 bulan! Hubungi kami di 603 - 4021 6929 / 4031 8566 untuk demo percuma!

SPESIFIKASI PENGION AIR ALKALI HˉDDI HYBRID:

Voltan AC100 ~240V / 50 ~60 Hz
AC maksima 1.5A
DC maksima 2.5A
Kuasa Maksima 75W
Dimensi (mm) 92 (Lebar) x 260 (Tinggi) x 120 (Kedalaman)
Berat Ringan (1. 2 kg sahaja)
Output Potensi
Pengurangan Pengoksidaan
(Oxidation Reduction Potential; ORP)
-200 mv to -300 mv
Kadar Aliran Minima 0.8L / Minit
Kadar Aliran Yang Disyorkan 1.0 - 2.0L / Minit
Tekanan Air Masuk 0.5 - 2.0 kg / cm2
Kualiti Air Masuk Dengan Tapisan Air Minimum TDS 20 ppm
Pemasangan Atas kaunter / di bawah sinki
Elektrolisis Tetap Kegunaan Berterusan
Tahap pH 5 Tahap pH Preset ( 3 Tahap Alkali, 1 Tahap Neutral & 1 Tahap Asid)
Julat pH pH 4.5 hingga pH 9.5
Amaran Penukaran Penapis Ada
Kitar Cucian Automatik Kitaran cucian automatik setiap 12 minit
Sistem Kuasa 100 – 240 Volt (Sesuai untuk kegunaan di dalam dan luar negara)
Pendawaian Wayar Tertutup
Rekabentuk Luaran Kecil & Moden

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid:

Klik di sini untuk muat turun Risalah Produk Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid

Klik di sini untuk muat turun Garis Panduan Pengguna Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid