Soalan-Soalan Lazim

S1: Apa itu Air Alkali Hidrogen Aktif?

J1: Pengionan air adalah proses di mana elektron di dalam air bertambah atau berkurangan. Selepas pengionan, air akan menjadi air alkali atau air asid kerana pH (ukuran tahap asid atau alkali) telah diselaraskan.

S2: Bagaimanakah pengion air konvensional menghasilkan air alkali?

J2: Secara umum, apabila air bergerak menerusi elektrod positif dan negative, proses pengionan akan berlaku dan kemudiannya, struktur air akan terpisah menjadikannya air alkali dan air asid semasa ia menembusi membran pada pengion konvensional.

S3: Kenapa kerap mengambil air alkali hidrogen aktif adalah baik untuk kesihatan?

J3: Pengambilan air alkali hidrogen aktif adalah baik untuk kesihatan kerana:

• Ia memberi tahap penghidratan yang lebih baik berbanding dengan air konvensional
80% daripada badan kita terdiri daripada air. Badan manusia sangat memerlukan air untuk berfungsi dengan baik dan membantu mengekalkan kesihatan kita. Inilah sebabnya mengapa air dianggap sebagai sumber hidup dan bahan penyembuhan holistik yang paling berkuasa! Oleh itu, kerap meminum air yang berkualiti seperti air alkali adalah satu pendekatan holistik kepada kesihatan yang lebih baik.

Air alkali hidrogen aktif kaya dengan molekul-molekul air yang berbentuk heksagon yang amat halus yang memudahkan pengangkutan nutrien dan penyingkiran toksin dari badan anda. Ia juga kaya dengan oksigen terlarut yang membantu merangsang metabolisme dan meningkatkan fungsi sel-sel badan anda.

• Mengimbangi gaya hidup tidak sihat yang tidak dapat dielakkan
Dalam gaya hidup moden hari ini, kita sering terdedah kepada beberapa faktor yang bukan sahaja mengurangkan tahap hidrasi tubuh kita tetapi juga meningkatkan radikal bebas dalam badan kita. Faktor-faktor itu termasuk asap rokok, kafein, makanan berminyak, alkohol, cuaca yang melampau dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda menghadapi mana-mana isu berkaitan gaya hidup yang memberi kesan negatif kepada kesihatan anda, pengambilan air alkali hidrogen aktif boleh membantu meningkatkan kesihatan anda dan memberi kesan anti-penuaan dengan ketara.

• Ia adalah anti-oksidan yang paling hebat
Air alkali hidrogen aktif kaya dengan ion hidrogen negatif (H-) dan elektron / ion negatif (e), yang mempunyai fungsi anti-oksidan yang paling hebat. Anti-oksidan membantu mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Oleh itu, ia membantu mengurangkan risiko kita dijangkiti penyakit dan memberikan kesan anti-penuaan yang lebih holistik dan semulajadi.

• Membantu mengimbangi tahap pH dalam badan anda
Kebanyakan diet kita mempunyai banyak makanan berasid. Sebagai contoh, minuman ringan, makanan segera dan makanan yang diproses meningkatkan sisa-sisa asid dalam tubuh kita yang akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini mewujudkan persekitaran dalaman tubuh yang berasid akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkan penyakit merebak dengan lebih cepat. Air alkali hidrogen aktif sangat berkesan dan selamat dengan pH 9.5 akan membantu mengembalikan keseimbangan pH dalam badan dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

S4: Mengapakah air alkali hidrogen aktif kelihatan keruh?

J4: Air alkali hidrogen aktif yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI kelihatan keruh kerana buih-buih kecil dihasilkan semasa proses pengionan berlaku. Buih-buih bersaiz mikro ini juga menunjukkan kehadiran hidrogen aktif.

S5: Bagaimanakah rasa air alkali hidrogen aktif berbanding dengan jenis-jenis air konvensional yang lain?

J5: Respon yang paling popular dari pengguna air alkali hidrogen aktif adalah rasanya lebih sedap dan tulen daripada air konvensional yang lain. Ini kerana air alkali hidrogen aktif mempunyai struktur molekul berbentuk heksagon yang amat halus.

S6: Adakah pengambilan air alkali akan mendatangkan kesan negatif?

J6: Tidak sama sekali. Pengambilan air alkali TIDAK MENDATANGKAN apa-apa kesan negatif.

S7: Adakah pengambilan air alkali sesuai untuk pengguna dari semua peringkat umur?

J7: Secara umumnya, sesiapa sahaja yang berusia 1 tahun dan ke atas boleh mengambil air alkali hidrogen aktif.

S8: Bolehkah saya mengambil air alkali hidrogen aktif bersama dengan ubat?

J8: Air alkali hidrogen aktif boleh diambil dengan ubat-ubatan seperti ubat selsema, batuk dan sakit tekak. Sebenarnya, molekul-molekul air yang kecil di dalam air alkali hidrogen aktif yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat bagi membantu mempercepatkan proses penyembuhan, memulihkan anda dari penyakit pada kadar yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, jika anda mengambil ubat-ubatan untuk jangka yang lebih panjang seperti ubat-ubatan untuk penyakit-penyakit kronik, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.

S9: Bagaimanakah air alkali hidrogen aktif memberi manfaat kepada atlet dan ahli sukan?

J9: Air alkali hidrogen aktif membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah yang membantu meningkatkan stamina dan membekalkan oksigen pada organ-organ dan tisu-tisu otot. Penghidratan yang berkesan diperlukan untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik. Ciri air alkali hidrogen aktif yang mempunyai struktur molekul berbentuk heksagon yang bersaiz mikro boleh membantu badan anda menyerap air pada kadar yang lebih cepat untuk penghidratan semula yang lebih efektif.

Sejak 1940-an, beberapa kajian telah dijalankan ke atas ahli-ahli sukan profesional dan hasilnya menunjukkan bahawa dehidrasi boleh menurunkan prestasi mereka. Tekanan fizikal dan mental yang dihadapi oleh atlet-atlet semasa latihan dan pertandingan membuatkan tubhuh mereka mudah mengalami dehidrasi. Oleh itu, pH yang lebih tinggi dalam air alkali hidrogen aktif boleh membantu memberi kesan penghidratan yang lebih efektif dan meneutralkan keadaan berasid (asidosis) dalam tubuh yang dirangsang oleh senaman. Selain itu, air alkali hidrogen aktif juga bertindak sebagai anti-oksidan yang baik untuk membantu mengurangkan radikal bebas dan seterusnya memperlahankan kadar penggunaan oksigen dalam badan supaya bekalan oksigen tidak kehausan ketika menjalankan aktiviti-aktiviti sukan atau bersenam.

S10: Kenapa saya perlu membeli Pengion Air Alkali HˉDDI?

J10: Seperti yang dinyatakan di atas, air alkali hidrogen aktif menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti menggalakkan kesan anti-penuaan dan anti-oksidan, mengimbangi pH badan anda, menghidratkan badan dengan lebih berkesan, merangsang metabolisme, meningkatkan fungsi sel-sel badan dan membuang toksin dari badan anda. Untuk memperolehi kesihatan yang baik, anda disarankan mengambil air alkali hidrogen aktif yang baru dihasilkan dengan serta-merta agar kualiti air alkali yang diminum itu berada pada tahap yang optima. Justeru itu, memiliki satu unit Pengion Air Alkali HˉDDI menjadi penyelesaian yang terbaik bagi memperolehi air alkali yang segar pada setiap masa.

S11: Apakah kelebihan air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI?

J11: Beberapa manfaat air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI termasuklah:

• Ia membantu meremajakan kulit anda

Anda boleh menggunakan air asid (pH 5.5) yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI untuk mencuci muka secara menyeluruh. Ia juga bertindak sebagai astringen atau pelembab semulajadi yang mampu melembutkan kulit anda.

• Ia bertindak sebagai antiseptik semula jadi

Anda boleh menyembur air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI ke atas luka untuk membasmi bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan.

• Ia membebaskan makanan anda daripada bakteria berbahaya dan bahan kimia

Anda boleh membersihkan dan mencuci makanan anda dengan air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI untuk menghapuskan bakteria berbahaya atau menyingkirkan bahan kimia.

• Ia membantu membersihkan rumah anda

Anda boleh membersihkan rumah anda dengan air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI bagi membasmi bakteria berbahaya.

S12: Bolehkah saya minum air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI?

J12: Air asid yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI hanya sesuai UNTUK KEGUNAAN LUARAN SAHAJA seperti membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menyingkirkan bahan-bahan kimia dan racun serangga, mencuci muka atau membasmi kuman pada luka.

S13: Jika air alkali hidrogen aktif yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI diisi dalam botol untuk kegunaan kemudian, adakah tahap pHnya akan terjejas?

J13: Biasanya, kealkalian atau tahap pH akan kekal tidak terjejas apabila ia diisi ke dalam botol. Walau bagaimanapun, tahap hidrogen aktif dalam air alkali hidrogen aktif yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI akan berkurangan secara beransur-ansur selepas botol dibuka. Di samping itu, mendedahkan air alkali hidrogen aktif kepada cahaya UV juga akan menyebabkan kehilangan hidrogen aktif dengan lebih cepat, walaupun tahap pHnya tidak terjejas.

Anda disyorkan untuk minum air alkali hidrogen aktif serta-merta atau sebaik-baiknya dalam masa 72 jam selepas dibotolkan. Anda boleh mengisi air alkali hidrogen aktif di dalam beberapa botol kecil supaya anda dapat minum dengan segera selepas botol dibuka.

S14: Adakah Pengion Air Alkali HˉDDI memerlukan banyak penyelenggaraan?

J14: Tidak. Teknologi Disk Pengionan Langsung™ di dalam semua Pengion Air Alkali HˉDDI yang dibekalkan oleh My Living Water tidak mempunyai masalah kalsifikasi. Dengan itu, hanya penyelenggaraan yang minimum sahaja diperlukan. Namun begitu, anda disyorkan untuk menghubungi staf perkhidmatan teknikal kami setahun sekali untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan.

S15: Bilakah Pengion Air Alkali HˉDDI akan memulakan proses pembersihan automatik dan adakah kitaran pembersihan ini akan mengambil masa yang lama?

J15: Berikut adalah tempoh proses pembersihan automatik Pengion Air Alkali HˉDDI dari My Living Water:

Kitaran Pembersihan Pengion Air Alkali HˉDDI Portable™:

Untuk setiap penggunaan sebanyak 10 liter, Pengion Air Alkali HˉDDI Portable™ akan memulakan proses pembersihan secara automatik. Lampu kuning pada butang panel "Clean" menunjukkan permulaan proses pembersihan bersama-sama dengan bunyi ‘bip’ yang akan berlangsung selama kira-kira 40 saat. Proses pembersihan automatik akan selesai apabila bunyi ‘bip’ berhenti.






Kitaran Pembersihan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid™:

Untuk setiap 12 minit penggunaan, Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid™ akan memulakan proses pembersihan. Apabila lampu pada butang ‘Cleaning’ dan paip air dibuka, proses pembersihan automatik akan bermula dan bunyi ‘bip’ akan dibunyikan selama 40 saat. Proses pembersihan automatik akan berhenti bila bunyi ‘bip’ berhenti dan Pengion Air Alkali HˉDDI Hybrid™ akan kembali ke mod alkali secara automatik.





Kitaran Pembersihan Pengion Air Alkali HˉDDI Premium™:

Apabila lampu berkelip pada pengion air anda (secara purata, ia akan berlaku 1 hingga 3 kali sehari), sila pastikan pili air dibuka agar air terus mengalir keluar dari Pengion HˉDDI Premium supaya proses pembersihan automatik boleh dijalankan oleh pengion. Semasa proses pembersihan, anda akan mendengar bunyi ‘bip’ dan skrin akan bertukar menjadi merah. Biarkan air terus mengalir selama 15 hingga 30 saat supaya pengion dapat melengkapkan kitaran pembersihan. Setelah selesai, anda boleh menggunakan Pengion HˉDDI Premium seperti biasa dengan memilih pilihan tahap pH yang sesuai.




S16: Apakah tahap alkali dan tahap asid tertinggi yang boleh dicapai Pengion Air Alkali HˉDDI Premium? Berapa liter air asid dan air alkali boleh dihasilkan pada satu masa?

J16: Pengion Air Alkali HˉDDI Premium boleh menghasilkan air alkali dengan kealkalian yang tinggi, iaitu, pada pH 11.5. Ia juga boleh menghasilkan air yang mempunyai tahap asid yang tinggi (pH 2.5). Bubuh sedikit garam biasa, atau untuk kesan yang lebih baik, bubuh garam laut (kira-kira 80% daripada bekas mineral kecil pada bahagian atas Pengion HˉDDI Premium), dan Pengion Air Alkali HˉDDI Premium boleh menghasilkan kira-kira 100 liter air mempunyai tahap asid dan tahap alkali yang tinggi yang hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja.








(Perhatian: Garam yang digunakan perlu dibubuh tidak melebihi lubang-lubang kecil pada bekas mineral)

S17: Adakah saya perlu menggunakan apa-apa bahan pencuci kimia untuk membersihkan bekas mineral Pengion Air Alkali HˉDDI Premium selepas ia menjana air asid dan air alkali dengan fungsi “Super Oxide”, sebelum ia kembali ke mod penghasilan air alkali hidrogen aktif pada tahap pH sedia ada yang telah diprogramkan?

J17: Sesetengah pengion air konvensional memerlukan penggunaan produk pencuci kimia. Ia mengandungi natrium hipoklorit (biasanya digunakan sebagai agen pemutihan yang boleh membawa kepada keracunan) dan ini sangat bertentangan dengan penghasilan air minuman tulen yang bebas daripada bahan pencemar.

Bekas mineral Pengion Air Alkali HˉDDI Premium hanya perlu dibilas dengan air bersih TANPA menggunakan sebarang produk pencuci kimia. Anda hanya perlu memastikan sisa garam di dalam bekas mineral itu dicuci dengan bersih dan teliti sebelum mengembalikannya ke tempat asalnya dan sebelum ia kembali ke mod penghasilan air alkali hidrogen aktif pada tahap pH sedia ada yang telah diprogramkan.