Kebaikan

Pengurangan Berat Badan

"Air alkali hidrogen aktif membantu dalam penurunan berat badan dengan mengimbangi tahap pH badan anda!"

Beberapa kajian mendapati apabila kita semakin tua badan kita mengumpul sisa-sisa asid dan selama bertahun-tahun pengumpulan sisa-sisa asid ini boleh membantutkan proses detoksifikasi tubuh badan kita. Apabila keasidan dalam darah kita meningkat, rizab alkali (vitamin dan mineral berlebihan yang disimpan) akan semakin berkurangan.

Tabiat makan yang tidak sihat seperti pengambilan banyak makanan berasid (daging, tenusu, makanan ringan, gandum halus & gula, dan lain-lain) dan gaya hidup yang tidak sihat (merokok & pengambilan alkohol) menyebabkan pengumpulan sisa berasid menjadi lebih serius, mendedahkan kita kepada pelbagai isu-isu kesihatan.

Selain daripada masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, osteoporosis dan penyakit degeneratif lain, asidosis juga menyebabkan obesiti atau kegemukan. Oleh itu, untuk menangani pengumpulan berlebihan sisa asid dalam badan kita, kita perlu mengimbangi tahap pH dengan mengurangkan pengambilan makanan berasid. Tetapi sekiranya kita tidak boleh mengelakkan makanan berasid, pilihan terbaik seterusnya adalah pengambilan tetap air alkali berion setiap hari.

Air alkali hidrogen aktif membantu memecahkan lemak, membuang toksin dari badan anda dan mengimbangi tahap pH tubuh anda dengan lebih berkesan. Selain itu, ia dapat membantu mengurangkan pengumpulan bahan buangan berasid di dalam tubuh dan ini menggalakkan penurunan berat badan. Di samping itu, ia membantu mengekalkan tahap hidrasi badan anda dengan baik. Air alkali hidrogen aktif juga membantu mengurangkan pengumpulan cecair tisu berlebihan dalam ruang di antara se-sel (edema) dengan lebih berkesan.