Kebaikan

Kesan Penyembuhan

Kebanyakan kajian mendapati bahawa dengan mengekalkan tahap pH badan yang sihat iaitu diantara 6.9 dan 7.2 dapat memelihara sistem dalaman tubuh kita dan boleh membantu mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Ya, air alkali berion mempunyai kesan penyembuhan yang hebat! Kanser berlaku di dalam persekitaran berasid, oleh itu, persekitaran beralkali diperlukan juga untuk membantu mengurangkan kadar pertumbuhan kanser. Apabila sel-sel manusia biasa secara beransur-ansur merosot dan pengumpulan bahan buangan berasid dalam badan terus meningkat, sel kanser akan terus mengubah secara genetik dan terus berkembang sendiri untuk terus hidup dalam persekitaran yang berasid. Walaupun sel-sel kanser boleh dikeluarkan melalui pembedahan, kemungkinan untuk kanser itu berulang kembali adalah tinggi kerana persekitaran yang berasid. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan risiko kanser berulang, anda boleh mengelakkan asidosis atau membina persekitaran beralkali di dalam badan anda dengan mempunyai diet yang sihat, mengurangkan tekanan, hidup dalam persekitaran yang sihat, kerap bersenam secara tetap dan yang paling penting, minum air alkali setiap hari. Pendek kata, air alkali hidrogen aktif membantu meningkatkan kesihatan badan anda dengan menggalakkan persekitaran yang lebih beralkali di dalam badan anda justeru memberikan kesan penyembuhan yang lebih baik!