Kebaikan

Meningkatkan Tenaga & Stamina

Air alkali hidrogen aktif menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti menggalakkan anti-penuaan dan anti-oksidan, mengimbangi pH tubuh, menghidratkan badan anda dengan lebih berkesan, merangsang metabolisme, meningkatkan fungsi sel-sel dan membuang toksin. Ianya sangat bermanfaat untuk memperbaiki kesihatan dan meningkatkan tenaga, justeru ia membantu meningkatkan prestasi yang lebih baik secara mental dan fisiologi dalam pelbagai aspek terutama sewaktu bekerja, belajar, dan bersukan.

Air alkali hidrogen aktif membantu meningkatkan prestasi atlet!

Beberapa kajian telah dijalankan ke atas ahli sukan profesional dan hasilnya menunjukkan bahawa tahap dehidrasi yang amat minima akan menjejaskan prestasi mereka. Kerahan fizikal dan mental yang dihadapi oleh atlet semasa latihan dan pertandingan menjadikan pengekalan tahap penghidratan satu faktor yang penting bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi golongan atlet.

Air alkali hidrogen aktif yang dihasilkan oleh Pengion HˉDDI mempunyai pH yang lebih tinggi boleh membantu meneutralkan pengumpulan asid (asidosis) yang dirangsang oleh aktiviti-aktiviti sukan dan senaman yang sangat kerap. Selain itu, fungsi air alkali hidrogen aktif sebagai anti-oksidan yang amat efektif dalam membantu mengurangkan kesan radikal bebas yang lazimnya mempercepatkan kadar penggunaan oksigen, terutamanya ketika bersukan atau bersenam.

Air alkali hidrogen aktif membantu meningkatkan tahap oksigen dalam darah yang seterusnya membantu meningkatkan stamina dan membekalkan organ-organ dan tisu-tisu otot dengan jumlah oksigen yang lebih banyak. Di samping itu, struktur molekul air alkali hidrogen aktif berbentuk heksagon yang bersaiz mikro membantu badan menyerap air pada kadar yang lebih cepat untuk penghidratan semula.