Kebaikan

Anti-Oksida & Detoksifikasi

"Air alkali hidrogen aktif adalah anti-oksida dan penyahtoksin terbaik!"
Gaya hidup masakini membuat kita sering terdedah kepada beberapa faktor yang boleh mengurangkan penghidratan serta meningkatkan radikal bebas dalam tubuh badan kita. Kita terdedah kepada asap rokok, kafein, makanan berminyak, alkohol, cuaca yang melampau dan sebagainya. Ia memberi kesan buruk kepada kesihatan dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda menghadapi faktor yang dinyatakan di atas dan memberi kesan kepada kesihatan anda, pengambilan air alkali berion adalah keputusan terbaik kerana ia boleh membantu meningkatkan kesihatan. Ia menawarkan anti-oksidan untuk tubuh anda kerana tubuh memerlukan anti oksidan untuk menangani masalah kesihatan yang berpunca daripada radikal bebas. Air Alkali Berion kaya dengan ion hidrogen negatif (H-) dan elektron / ion negatif (e) yang memiliki tahap anti-oksidan yang amat tinggi. Oleh itu, ia berupaya membantu melawan radikal bebas dalam tubuh anda. Air alkali hidrogen aktif yang kaya dengan struktur molekul air berbentuk heksagon yang sangat halus yang memudahkan pengangkutan nutrien dan penyingkiran toksin dari badan anda. Ia juga kaya dengan oksigen terlarut yang membantu merangsang metabolisme tubuh anda dan meningkatkan fungsi sel-sel. Secara ringkas, air alkali berion mengurangkan risiko penyakit dan menawarkan satu pendekatan kesihatan yang holistik!