Profil Syarikat

My Living Water (Asia) Sdn. Bhd. adalah pembekal terkemuka teknologi terkini dalam sistem pengionan air beralkali hidrogen aktif dan juga sistem penapisan air untuk kegunaan luar dan dalam rumah dan juga untuk kegunaan komersial.

Kami adalah pengedar tunggal sistem pengionan air beralkali dengan Teknologi Disk Pengionan Langsung™ yang canggih dan unik dalam pasaran di Malaysia dan Singapura. Sistem kami menghasilkan air alkali hidrogen aktif gred premium yang berkualiti tinggi dan segar yang menerima sambutan yang baik di kalangan para pengguna.

    

Pencipta Teknologi Disk Pengionan Langsung™ yang mengasaskan syarikat induk di Taiwan telah menjalankan penyelidikan yang intensif dan meluas dalam pembangunan teknologi pengionan air, reka bentuk dan pembuatan sistem pengionan dan penapisan air selama 20 tahun syarikat ini beroperasi. Dengan sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh dan sokongan padu dari syarikat induk di Taiwan; My Water Living (Asia) Sdn. Bhd. dapat menawarkan produk yang dijamin berkualiti tinggi dan mempunyai teknologi yang terbaik.

    

Demi menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pengguna kami, kami telah membentuk satu pasukan profesional yang terdiri dari pakar-pakar air dan pakar-pakar pemakanan, para pengedar dan ejen yang terlatih, pasukan teknikal yang berkemahiran tinggi dan juga kakitangan perkhidmatan pelanggan dan staf operasi yang cekap.

Visi
Kami berhasrat untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dengan menawarkan akses kepada air berkualiti tinggi yang mampu dimiliki oleh setiap pengguna di seluruh rantau Asia.

Misi
Memperluaskan kawasan pengedaran produk kami agar menjangkaui demografi pengguna yang lebih menyeluruh bagi menyediakan satu penyelesaian air yang lebih mampu milik agar para pengguna dari semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat kesihatan daripada penggunaan air berkualiti tinggi di premis kediaman mereka.


RAKAN-RAKAN KONGSI:
PENGARAH URUSAN, MR. TERENCE LIM
Mr. Terence Lim merupakan salah seorang daripada para pengasas My Living Water (Asia) Sdn. Bhd., yang juga terlibat dalam pelbagai perniagaan termasuk industri pakaian, perunding reka bentuk dalaman dan pembangunan hartanah.

Didorongi hasrat beliau untuk menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan penggunaan teknologi hijau di kalangan masyarakat negara kita, beliau telah menubuhkan syarikat My Living Water (Asia) Sdn. Bhd, sebagai inisiatifnya untuk menawarkan akses penggunaan air berkualiti kepada para pengguna. Beliau amat yakin bahawa mudah capai dan mampu milik merupakan faktor-faktor utama yang membolehkan para pengguna dari semua lapisan masyarakat menikmati manfaat kesihatan yang diperolehi daripada air berkualiti.

Dilengkapi dengan daya kepimpinan yang mantap dan pandangannya yang berwawasan, berserta dengan pengurusan yang efektif, En. Terence Lim berhasrat untuk menerajui My Living Water agar mencapai tahap yang lebih tinggi dalam industri pemprosesan air, seiringan dengan aspirasinya utuk membolehkan lebih ramai pengguna dan keluarga mereka menikmati kebaikan air berkualiti tinggi.

PENGARAH, EN. REYMEE MOHAMED HUSSEIN
Encik Reymee Mohamed Hussein merupakan pelabur utama kepada syarikat My Living Water (Asia) Sdn. Bhd. yang memiliki lebih daripada 19 tahun pengalaman keusahawanan dalam pelbagai bidang perniagaan dan pelaburan. Beliau juga menyandang jawatan dalam lembaga pengarah beberapa organisasi terkemuka, selain mengetuai beberapa kumpulan dalam pelbagai industri seperti pembangunan hartanah, pemasaran berangkaian, perdagangan dan pelaburan.

Kepimpinan beliau, pandangannya yang berwawasan berserta dengan keinginannya untuk membantu orang lain untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup telah banyak memberi dorongan dan perubahan positif kepada ramai orang. Justeru itu, beliau mempunyai tahap integriti dan kebolehpercayaan yang tinggi di kalangan kenalan dan rakan sekerja beliau.

Sebagai seorang individu yang memiliki minat yang mendalam dalam industri kesihatan dan teknologi baru, Encik Reymee sudah pasti dapat menambah nilai kepada syarikat My Living Water (Asia) Sdn. Bhd. dan menerajui syarikat ini ke arah mencapai matlamat-matlamat syarikat ini untuk menggalakkan peningkatan tahap kesihatan di kalangan masyarakat kita menerusi penawaran air yang berkualiti.

DR. ABDUL KADER HUSSAIN, MBBS (MAL) FAAP (USA)
Sebagai doktor terlatih dalam bidang perubatan konvensional sejak tahun 1972, Dr. Abdul Kader Hussain kemudiannya telah melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang pediatrik, membuat pengkhususan dalam bidang neonatologi (penjagaan kesihatan bayi-bayi yang baru lahir) dan juga perinatologi (obstetrik yang berkaitan dengan penjagaan fetus dan kandungan berisiko tinggi). Di samping menjalankan amalan perubatan konvensional sebagai seorang pakar pediatrik, beliau juga sering memberi syarahan di universiti-universiti.

Namun begitu, selepas lebih 40 tahun dalam bidang perubatan konvensional, beliau mendapati bahawa sememangnya tiada jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kesihatan dalam bidang perubatan konvensional, di mana pesakit-pesakit hanya diberi rawatan ke atas simptom-simptom mereka, dan bukannya mencari penyelesaian kepada punca masalah kesihatan tersebut.

Oleh itu, Dr. Kader telah mengubah pendekatan rawatannya daripada perubatan konvensional kepada rawatan semula jadi, demi mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah-masalah kesihatan yang dihadapi oleh para pesakit beliau. Antara pendekatan rawatan semula jadi ini merangkumi pengambilan makanan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan masing-masing dan pengambilan air beralkali hidrogen aktif. Seiringan dengan hasratnya, Dr. Kader telah menubuhkan klinik beliau, iaitu Clinic for Integrative Medicine, yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, di mana beliau menawarkan perkhidmatan rawatan semula jadi.

DR NORMAN MOHD NORAWI (MBBS, MSCAARMMA, FAGE)
Dr Norman Mohd Norawi (MBBS, MScAARMMA, FAGE), merupakan seorang pengamal perubatan umum (GP) yang mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang perubatan, khususnya dalam bidang perubatan estetik, anti-penuaan dan nutrisi. Dr Norman juga merupakan seorang pakar khidmat nasihat dalam bidang anti-penuaan, perubatan estetik dan perubatan regeneratif.

Beliau yakin bahawa air beralkali hidrogen aktif berupaya menggalakkan kesan anti-penuaan bersama dengan rawatan perubatan estetik beliau. Dr Norman juga telah menubuhkan beberapa klinik di Semenanjung Malaysia, termasuklah di PJU 5 Kota Damansara, Batu Berendam dan Bandar Baru Sg. Udang, Melaka, dan juga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.