PRODUK MLW

My Living Water menyediakan pemrosesan dan bekalan air secara menyeluruh dengan kualiti terunggul ionizer air beralkali hidrogen aktif dan sistem penapisan bersebelahan untuk kegunaan di dalam mahupun di luar premis.

Teknologi Disk Pengionan Langsung™ (Direct Disk Ionization Technology™; DDI™) kami merupakan teknologi pengionan tanpa membran paling canggih yang berupaya menghasilkan air alkali hidrogen aktif bergred premium. Kesemua harga Pengion HˉDDI kami amat berpatutan dan ini membolehkan para pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat menikmati manfaat kesihatan air alkali hidrogen aktif melalui teknologi pengionan yang canggih ini.

PILIHAN PRODUK-PRODUK PENGION YANG DITAWARKAN OLEH MLW:

HˉDDI™ Premium merupakan pilihan terbaik untuk pengguna yang mempunyai ahli keluarga yang ramai dan memerlukan penggunaan yang lebih kerap di rumah kerana produk ini menawarkan kapasiti yang lebih besar dan pelbagai pilihan tahap pH yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Maklumat lanjut

HˉDDI™ Hybrid merupakan pilihan terbaik untuk meningkatkan sistem penapisan air anda yang sedia ada dan sangat sesuai dengan dapur yang mempunyai ruang yang terhad kerana saiznya yang kecil. Harganya yang berpatutan memastikan ia mampu dimiliki oleh kebanyakan pengguna! Maklumat lanjut

HˉDDI™ Portable merupakan pilihan yang terbaik bagi tempat-tempat yang tiada kelengkapan dapur dan paip air (bilik tidur, ruang tamu, pejabat) dan juga untuk mereka yang sering pergi ke luar negara untuk bekerja (bilik hotel, serviced apartment) kerana ciri-ciri produk ini yang ringan, mudah alih dan senang dipasang. Maklumat lanjut

PILIHAN SISTEM PENAPISAN AIR DI DALAM DAN LUAR PREMIS:
Selain sistem pengionan air alkali, My Living Water turut menawarkan sistem penapisan air untuk kegunaan di dalam dan luar premis yang dikenali sebagai Sistem Penapisan PAN dengan Membran Ultra dan Pra-Penapisan supaya anda boleh menikmati air yang lebih bersih, jernih dan selamat digunakan di tempat kediaman mahupun tempat kerja anda.